Penulisan Arab

Aksara Arab ialah sejenis sistem tulisan yang digunakan untuk menulis bahasa Arab dan pelbagai bahasa lain. Ia merupakan aksara kedua paling banyak digunakan di dunia mengikut bilangan negara yang menggunakannya, dan yang ketiga paling banyak mengikut bilangan pengguna (selepas aksara Rumi dan aksara Cina).[1]Aksara tersebut mula-mula digunakan untuk menulis dalam bahasa Arab, terutamanya Al-Quran, iaitu kitab suci Islam. Dengan penyebaran agama tersebut, ia mula digunakan sebagai aksara utama untuk pelbagai bahasa, yang membawa kepada penciptaan huruf baharu dan lambang-lambang lain. Bahasa yang masih menggunakannya ialah: bahasa Parsi, bahasa Melayu, bahasa Uyghur, bahasa Kurdi, bahasa Punjab, bahasa Sindh, bahasa Balti, bahasa Baloci, Pashto, bahasa Luri, bahasa Urdu, bahasa Kasymir, bahasa Rohingya, bahasa Somali, bahasa Mandinka, dan lain-lain.[2] Sehingga abad ke-16, ia juga digunakan untuk beberapa penulisan bahasa Sepanyol, dan sebelum pembaharuan bahasa pada tahun 1928, ia merupakan sistem tulisan bahasa Turki.[3]Aksara Arab ditulis dari kanan ke kiri dalam gaya kursif, di mana kebanyakan hurufnya ditulis dalam bentuk yang berbeza mengikut samada ia berdiri sendiri atau dicantumkan dengan huruf selepasnya atau sebelumnya. Walau bagaimanapun, bentuk huruf asasnya kekal tidak berubah. Aksara Arab tidak mempunyai huruf besar.[4] Dalam kebanyakan keadaan, huruf-hurufnya mewakili konsonan, atau konsonan dan beberapa vokal. Jadi, kebanyakan abjad sesuatu bahasa yang menggunakan aksara Arab adalah bersifat abjad, dan beberapa bahasa bahasa menggunakannya dalam bentuk alfabet. Aksara Arab juga merupakan asas kepada tradisi seni khat Arab

Penulisan Arab

Arah tulis Kanan-ke-kiri
Bahasa Pelbagai
ISO 15924 Arab, 160
Aksara turunan N'Ko
Hanifi Rohingya
Julat Unikod
Tempoh masa 400–kini
Aksara induk
Alias Unikod Arabic
Jenis
Abjad
Alfabet dalam beberapa penyesuaian